November 12, 2012

Wang

Wang aku rasa masalah terbesar bagi sesetengah manusia. Boleh hidupkah manusia itu tanpa wang? Tidak! Semua benda zaman era permodenan ini perlukan wang. Ada yang percuma? Mana nak jumpa zaman sekarang ni. Tandas awam kita masuk sekalipon dikenakan pembayaran 20sen. Diceritakan tentang wang boleh buat manusia marah, berbunuhan, bermusuhan, salah sangka, sengsara, sedih dan dengan wang ramai juga yang melakukan dosa. Tetapi ada juga yang gembira. Barangkali itu tuah dan nasib serta takdir hidup sesetengah manusia yang hidup dengan limpahan wang. Alhamdulillah, ucap syukur kepada yang Esa :)

Ramai yang bermasalah seperti aku tetapi berlainan cerita. Bukan cuma aku sahaja. Aku tahu. Jadi yang tak bernasib baik seperti aku, jangan patah hati. Kita lihat semula manusia lain yang makan sendiri tidak mampu. Apatah lagi menampung ahli keluarga. Kehidupan aku kalau nak diungkit semula tidak perlu. Aku seorang pelajar universiti. Aku cuma hanya bergantung dengan apa yang ada. Hahaha, ptptn :) Cuma itu. Sumber lain kalau ada tu adalah. Cuma sekali dua baru dapat daripada mereka. Alhamdulillah :') Tetapi rasa tak sedap pabila banyak harta benda yang aku punya sekarang bukan daripada mereka tetapi sebenarnya hak orang lain yang simpati dengan kehidupan aku. Hidup ini aku tak minta untuk berminta-minta. Nanti rasa berhutang makan diri aku. Apatah lagi menggunakan hak orang lain. Paling aku rasa tak senang duduk bila menggunakan hak orang lain. Aku kalau boleh mahu kembali bayar hak itu jika mampu. Aku patut balas balik jasa itu. Suatu hari nanti. Tunggu aku bergaji besar. Aminnnn :)

Dari kecil aku diajar menggunakan wang aku sendiri untuk beli barang keperluan kerana kesusahan mereka aku faham sangat. Aku sama sekali tak salahkan mereka. Bukankah lebih dihargai beli barang guna wang sendiri bagi aku :) Tapi bila meningkat remaja, kebiasaannya kehendak aku melebihi jangkau. Lebih-lebih lagi aku seorang gadis. Rasa amarah tak tahan itu pernah. Aku kembali renung. Aku cuma perlu beli keperluan yang penting dahulu. Ada lebihan wang, baru aku lihat yang lain. Dari mana wang itu ada? ptptn. Alhamdulillah, kekadang ada juga daripada mereka sikit-sikit :) Jiwa remaja, kekadang perasaan janggal itu datang pabila bergaul dengan sesetengah rakan yang kaya dan berkehidupan boleh dikatakan mampu. Situasi itu buat aku tak selesa dan janggal. Aku perlu pandai kawal diri sendiri. Aku kena jadi diri aku. Alhamdulillah. Setakat ini aku mampu hidup dengan wang sendiri. Wang pinjam. Hehehe :) Jadi jangan menjadi suatu kepelikan kenapa aku tak beli fon yang lebih canggih seperti Blackberry, pakai barang berjenama contoh jam tangan seperti Casio atau Gucci dan tak ada kereta sendiri malah masih tiada lesen kereta sendiri? Sebab aku kena cari wang sendiri kalau aku nak. Tak perlulah nak bebankan mereka yang mereka sendiri pening dengan masalah ini. Mungkin ini bukan kepentingan aku lagi. Ada lebihan wang aku belilah. Tapi nanti nanti lah. Ada yang lebih penting. Eh tapi aku tak kisah laa, bahagia je sekarang. Haha :D  
*kata parent aku, pakai apa yang ada dahulu dan beli apa yang perlu dahulu.

Aku tulis ni bukan nak meraih simpati. Simpati untuk apa? Aku perlu tulis ini sebab semangat. Ya, bila aku kembali baca apa yang aku karang sebegini panjang sebab semangat! Semangat boleh buat aku fikir lebih matang dan jangan terlalu materialistik. Sebab sifat materialistik itu makan jiwa aku. Fuhhh -.- Beban aku boleh hilang seketika :) So money management itu sangat penting. Hidup ini kena bijak berbelanja. Jangan boros. Had kan limit perbelanjaan. Sekadar yang termampu. Sedar kembali kepada asal dan sudah kaya nanti jangan lupa diri. Pertama, balas budi kepada yang berkenaan :) 
*Kata atok, apa yang kau nak bagi dekat aku nanti bila dah besar? #speechless -.-