February 6, 2012

HEMBUSAN TERAKHIR NABIKU :'(

Rasulullah SAW kembali ke bilik Aisyah,  lalu berbaring menyandarkan kepalanya ke dada Aisyah untuk menghadapi sakaratul maut. Tatkala Rasulullah SAW di atas pangkuan Aisyah, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seraya memberi salam. Aisyah pun pergi ke muka pintu dan bertanya, "Apa hajat tuan datang ke sini?" Lalu tetamu itu menjawab, "Aku ingin menemui Rasulullah." Aisyah menyatakan bahawa Baginda sedang sibuk dengan dirinya sendiri, bermaksud Baginda sedang berperang dengan kesakitannnya. Lalu Aisyah mengatakan, "Pulanglah." Orang tadi memberi salam untuk kali keduanya. Namun begitu jugalah jawapan yang diberikan oleh Aisyah dan apabila kali ketiga, Baginda SAW terdengar suara itu dan terlintas di hatinya bahawa Baginda amat kenal dengan suara itu. Lalu Baginda mengatakan kepada Aisyah, "Suruh orang itu masuk!" dan Baginda berkata kepada Aisyah, "Kamu kenal siapa dia?" Aisyah menjawab, "Tidak." Kata Baginda "Dialah pemutus kesenangan dunia, dialah pemisah orang yang disayangi, dialah Izrail, Malaikat Maut."

Baginda bertanyakan kepada Izrail apa tujuan kedatangannya, lalu Izrail berkata, "Allah perintahkan aku mencabut nyawamu tetapi sekiranya diizinkan olehmu Ya Rasulullah. Jika tidak Allah mengarahkanku kembali." Nabi bertanya, "Di mana kamu tinggalkan sahabatku Jibrail." Malaikat Izrail menjawab, "Aku tinggalkan dia di langit dunia," jawab Izrail. "Kenapa?" tanya Baginda SAW. "Dia tidak sanggup melihatmu menghadapi sakaratul maut." "Panggillah dia,"  pinta Baginda. Sejurus daripada itu, Malaikat Jibrail pun turun berada di sisi Rasulullah SAW. Baginda bertanya kepada Jibrail, "Wahai kekasihku, kenapa kau lambat datang menziarahiku?" Bercucuran air mata Jibrail tanpa sebarang suara kerana menahan sebakk melihat kekasihnya Muhammad berada dalam kesakitan.

Izrail pun meminta keizinan Baginda untuk menjalankan tugasnya, lalu Baginda berkata, "Lakukanlah." Apabila roh ditarik dari ubun-ubun, Baginda mengerang kesakitan sambil berkata, "Wahai Izrail, sakitnya mati ini." Menaglir air mata Izrail seraya menjawab, "Tidak pernah mencabut roh manusia aku selembut ini melainkan kepadamu Ya Rasulullah."

Rasulullah SAW mengadu kesakitan, berpeluh dahi Baginda menahan kesakitan sakaratul maut. "Wahai kekasihku Jibrail, sakitnya mati ini, bagaimana unatku mampu menanggungnya." Malaikat Jibrail tidak mampu berkata-kata, hanya air mata yang mengalir. Baginda berkata, "Wahai kekasihku Jibrail, kenapa kamu tidak menjawab dan kenapa kamu berpaling, adakah kamu benci melihat wajahku?" Barulah Jibrail bersuara, "Wahai kekasihku, sebenarnya aku tidak sanggup melihat kau dalam keaadan begini," Jibrail menangis semahunya. "Wahai Jibrail, sakitnya mati ini. Bagaimana umatku mampu menanggungnya. Wahai Jibrail, kumpulkan sakit mati umatku biar aku yang tanggung sekarang ini," begitu Rasulullah SAW sayang kepada umatnya dan bimbang umatnya tidak mampu menahan sakitnya mati, namun permintaannya tidak diperkenankan Allah SWT.

Baginda membuat permintaan kepada Jibrail, "Wahai Jibrail, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia ini." Malaikat Jibrail mengatakan kepada Rasulullah SAW, "Bahawa seluruh pintu-pintu syurga dibuka dan para bidadari sedang berhias-hias menanti rohmu." "Wahai Jibrail aku masih tidak gembira, berilah berita gembira kepadaku sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini." Jibrail berkata, "Sesungguhnya seluruh para malaikat sedang berbaris di langit dunia menanti rohmu diangkat."

Rasulullah SAW mengulangi lagi katanya, "Wahai Jibrail, ianya masih tidak menggembirakan aku. Ya Jibrail! Berilah berita gembira kepadaku," Malaikat Jibrail menyatakan, "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umatmu dahulu memasuknya." Tersenyum Rasulullah mendengarnya, ini membuktikan cintanya yang mendalam terhadap umatnya dan akhirnya Rasulullah SAW pergi menemui Allah SWT dengan tenang.

No comments:

Post a Comment