December 5, 2012

Permainan Tradisi

Hai housemate! Oke straight to the point. Perasaan yang pelik apabila kebelakangan ni rakan serumah Beringin 14 ceria dan gembira semacam. Mereka seperti kembali ke zaman persekolah. Zaman sekolah yang penuh dengan permainan tradisi. Aku kira mungkin anak kecil sekarang sudah tidak rasa kemeriahan merasai bermain permain tradisi ini. Mereka lebih gembira bermain permainan video game sahaja. Permulaannya apabila kami mula bermain congkak. Sorang demi sorang bermain dan berlawan untuk kemenangan. Tetapi yang legend tetap legend. Itu tak boleh dipertikaikan. Haha :D Rupanya sudah lama hidup aku baru tahu bermain congkak juga punya skill yang tersendiri untuk menang. Oke sudah bosan bermain congkak mereka cipta permainan lain iaitu Blue black dan Zero Point yang alatnya diperbuat dari hasil cantuman getah sehingga panjang dan ada lagu yang tersendiri ketika bermain. Haha. Sudah pasti kecoh bising dan segala itu keluar sehingga boleh pecah rumah dibuatnya. Macam macam. Haha. Ada pula yang fikir nak main ceper yang alatnya diambil dari kumpulan penutup botol kaca yang dikumpul sehingga 5 dan dileperkan. Haha. Seterusnya ada pula yang terfikir mahu main Lompat Tikus. Ada pula yang teringin nak main Baling Selipar laa. Hahaha. Awesome budak zaman dulu :D Haha. Adakah korang pernah dengar nama permainan ini? Selalunya dimainkan oleh kaum hawa :)



Lompat Tikus  

Lompat Tali

Baling Selipar

Ceper


No comments:

Post a Comment