January 24, 2013

Maulidur Rasul 1434H




Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul :)
Sempena hari kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Selawat keatasnya. 
Dengan rasa ikhlas kain rentang dibuat serta berarak bersama seangkatan wakil kolej lain aku turut serta. Rupanya kain rentang itu ada penghargaannya. Aku tak tahu. Bersengkang mata sehingga lebih kurang 4 pagi  siapnya kain rentang itu. Tahniah kepada yang membuatnya bagi wakil Kolej Beringin (Farah, Hani, Hadirah, Shahira, Zakiah, Hidayah, Insyirah dan aku) walaupun tempat keempat. Ehhh, tapi Farah itu boleh dikatakan murtad kolej. Tapi dia paling semangat. Itu bagus. Hehehe :D Sambil membawa kain rentang, kami warga Uitm Perlis berselawat berarak hingga ke Dewan Sri Semarak, dewan kami. Ceramah didengari. Seperti penceramah sedang memberi tohmahan percuma kepada aku. Buka telinga, lapangkan dada. Dengar. Majlis setelah itu bersurai. Setiap selawat diucap, besar ganjaran pahalanya. Alhamdulillah. Jangan kita lupa kepada kekasih Allah itu. 

Sesungguhnya baginda 
"kekasih yang dirindui" :')
12 Rabiul Awal 1434H

No comments:

Post a Comment